agama
Appa ni meraban tak tentu pasal ..
Negaraku
Itupun ramai yang percaya.
Appa ini cuba nak tunjuk handal dengan mentafsir surah al hujurat ayat 13 dengan tafsiran dia sendiri. Mungkin dia rasa dengan memetik ayat dari surah dalam alquran akan menjadikan hujah nya tepat dan benar, tapi pentafsirannya jauh menyimpang dari kehendak Alquran itu sendiri.
Appa ini cuba nak jadi mcm zakir naik versi hindu. Konon cukup memahami isi Alquran seperti DZN yang mampu memetik kitab2 besar agama lain, appa ini cuba bermain cara DZN.
Mari kita lihat apa terjemahan ayat 13 surah al hujurat:
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
13. Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.
Mari kita lihat pula apa kata appa ini berkenaan ayat diatas.
Apa yang appa ini baca tentang terjemahan itu memang betul, tapi appa ni cuba menggunakan ayat 13 itu untuk kontek yang salah. Dia cuba 'menyerang' seorang ustaz yang kononnya bersikap rasis dalam siri ceramahnya. Apa yang aku faham adalah ustaz tersebut bukan bermaksud bangsa, tapi kepercayaan extreme agama yang dianuti pada satu2 bangsa yang banyak menzalimi umat islam selama ini.
Sejarah telah menukilkan bahawa , orang yahudi, kristian, hindu, budha yg extreme banyak kisahnya yang menzalimi umat islam baik dari dulu mahupun masa kini. Kebetulan pula agama2 ini dianuti oleh satu2 kaum tertentu. Kaum itu Allah yang ciptakan, dan Allah minta kita berkenalan sesama kaum yang berlainan dan bukan bertoleransi dalam bab kepercayaan anutan yang menjurus kepada kesyirikan.
Jadi dalam ayat 13 surah alhujurat itu bermaksud, Allah jadikan manusia itu dari satu dan berkembang biak menjadi pelbagai bangsa dan kaum. Allah menyuruh kita berkenal2an dengan semua bangsa yang ALlah ciptakan untuk kebaikkan manusia.
Disini kita baca 'Allah jadikan manusia itu berbangsa2 dan kaum', tapi appa itu ingat Allah jadikan manusia itu berbagai agama dan kepercayaan. Allah tidak jadikan manusia itu berbagai agama, tapi manusialah yang mencipta pelbagai agama kesyirikkan sehingga menjadikan ISLAM sebagai musuh utama agama2 tersebut.
Itu hakikat yang ustaz itu cuba terangkan dalam ceramahnya iaitu bahaya jenis2 agama kesyirikan ini yang mengajar umatnya untuk menindas dan menzalimi kaum dan agama yang lain.
Ini pencerahan dari ustaz berkenaan perkara yang diperkatakan oleh appa diatas.
Islam tidak pernah mengajar untuk menindas bahkan misi peperangan dalam islam lebih kepada membuka dunia kearah Tuhan yang SATU dan yang benar.
Itupun ramai umat melayu yang percaya dengan tafsiran appa itu.
Wallahuaklam
Jauh sudah kita di seleweng
Hari ini kita tetap berkawan tak kira apa bangsa,warna kulit juga agama,.
BalasPadamSampai satu ketika sampai ketentuan Allah SWT,maka kamu jika bukan dari kalangan umat islam,maka bagi aku agama ku,bagi kamu agama kamu.