Adik hang pun boleh pasang kunci ini!

DIY
Do It Yourself


Tombol pintu rumah hang tu kena jaga baik2, lani orang senang nak masuk rumah kita bila dia tengok pintu utama rumah kita pakai tombol kunci ja’. Kata pakcik aku yang biasa buat pintu rumah tu. Itulah antara kelemahan menggunakan kunci tombol (cylindrical lock) pada pintu utama rumah kita. Walaupun rumah kita dilengkapi dengan pintu grill,akan tetapi pintu grill juga ada kelemahannya tersendiri yang patut kita ambil tahu. Apa kelemahannya” ​

Adalah lebih selamat dipintu utama dan juga pintu belakang rumah kita menggunakan kunci jenis deadbolt berbanding kunci tombol. Walaupun fungsi keduanya lebih kurang sama, tapi rekabentuk pada kunci deadbolt lebih kuat berbanding kunci tombol.


​Ini adalah contoh kunci deadbolt, rekabentuknya lebih stabil dan kuat berbanding kunci tombol dibawah ini.


Walaupun kelihatan menawan kunci tombol diatas ini, banyak kelemahan yang boleh kita eksploitasikan dari rekabentuk tersebut.



Kunci tombol yang biasa kita gunakan pada rumah2 kini sebenarnya boleh dibuka tanpa menggunakan sebarang kunci pendua. Kerana rekabentuk kunci tombol itu menjadikannya agak senang untuk dibuka . Jika anda kehilangan anak kunci rumah yang menggunakan system tombol ini, tak perlu upah tukang kunci untuk datang membuka pintu rumah anda. Ini kerana upah memanggilnya adalah lebih mahal berbanding beli baru kunci tombol itu. Bagaimana? Teruskan membaca.

Kenapa saya lebih suka pintu utama rumah depan dan belakang dipasangkan dengan kunci jenis deadbolt? Rekabentuk kenci deadbolt ini agak sukar untuk penceroboh melakukan pecah masuk rumah tanpa menggunakan kunci pendua. Berbanding dgn kunci tombol yang sedikit mudah untuk dibuka tanpa sebarang kunci sekalipun.

Bagaimana dengan kunci grill rumah kita pula? Grill kebiasaannya menggunakan jenis kunci yang bernombor pada anak kuncinya. Anak kunci ini tidak perlu menggunakan mesin duplicate untuk membuatnya. Cukup hanya memberitahu kedai kunci apa nombor yg tertera pada anak kunci tersebut dan tuan kedai itu akan terus beri kunci itu tanpa perlu potong sana sini.

Ini adalah contoh kunci yang biasa digunakan untuk mengunci grill rumah kita.

Jadi jika kunci grill kita tidak disokong dengan kunci padlock (kunci bermangga seperti solex dan sebagainya), 50% kerja2 memecah masuk rumah sudah selesai sebelum kerja2 jahat itu dilakukan. Oleh itu, jika anda sekeluarga sudah sedia untuk tidor dimalam hari, maka pastikan kunci grill anda sudah dimanggakan . Itu langkah yang perlu diambil sebelum anda masuk tidor.

Jadi disini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka dan memasang kunci tombol dirumah kita secara do it yourself (DIY). Selepas anda faham bagaimana cara buka dan pasang kunci tombol itu, maka anda akan boleh bayangkan bagaimana orang boleh pecah masuk rumah anda tanpa perlu kunci pendua.


DIY: How to uninstall and install cylindrical lock at your house



Semoga perkongsian ini memberi makna dan maklumat buat anda berhati-hati dalam memilih kunci yang sesuai dengan kediaman anda.
Jika anda merancang untuk membina rumah diatas atas sendiri seperti disini, yang pastinya kos pembinaan jauh lebih murah berbanding beli rumah teres, adalah dinasihatkan duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk merancang jenis kunci yang patut dipasang rumah anda kelak.



wallahuaklam
md daud yusri fie almelintangi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.