Hari tu kata 'dah lama dah'.

Tetiba semasa ucapan penggulungan dalam persidangan agung umno tahun 2002, DRM mengumumkan perletakkan bagi semua jawatan yang disandang baik dalam umno mahupun dalam kerajaan. Semua orang terkejut dan cuba mententeramkan beliau diatas pentas itu. Pak lah yang menjadi timbalannya pun terkejut walaupun dalam hatinya mungkin berkata 'merasa juga aku jadi PM'. Pengumuman ini betul2 mengejutkan rakyat Malaysia baik budak2 mahupun orang tua. 'Ini keputusan gila ni'.

Selepas sahaja pak lah pegang jawatan PM seperti yang dirancangkan oleh DRM, ingatkan beliau akan gunakan masa emasnya untuk berehat dan fokus pada hari tuanya. Tup tup pak lah pulak jadi mangsa serangan beliau. Tak senang orang tua tu nak memerintah disebabkan ada orang yang lebih tua yang kata nak pencen tapi ganggu orang lain nak kerja.


Siang malam pak lah pening memikirkan macamna nak suruh orang tua tu  diam. KJ yang sedang mengatur langkah menjadi PM termuda pun terpaksa diam menghadapi serangan demi serangan dari kubu DRM. 'Kata nak pencen sangat dah hari tu, tapi makin teruk aku dikacaunya'. Mungkin itu tersirat dibenak pak lah ketika memegang jawatan Pm dulu.


Mungkin disebabkan skill pak lah yang agak tumpul dan orang harapannya iaitu Kj tidak dapat membedil kubu DRM dengan berkesan, maka pak lah yang menang bergaya ada PRU 2004,terpaksa lepaskan jawatannya secara sukapaksa kepada timbalannya ketika itu iaitu abg jib pada 2009.


'kalau aku tahu lah si mahadhir tu nak buat aku sampai jadi macamni, baik aku duk dalam kabinet je lagi baik dari jadi PM, lagi pening nak hadap orang tu dari orang ramai'. Mungkin itu yang terdetik dihatinya ketika bersalam dengan abg jib dihari terakhirnya di pejabat diputrajaya.


Abg jib pun menyusun strategi bagaimana  nak supaya DRM jangan ganggu kerja2 dia dipejabat seperti yang berlaku pada pak lah. Abg jib umpan anak DRM  jadi MB Kedah. Mungkin dengan jawatan tu DRM diam banyak dari mengganggu dia. Anak2 DRM yang kayaraya disuapkan dengan pelbagai projek2 agar mereka dapat yakinkan DRM bahawa abg jib ini jangan diganggu kerja2nya.


Arghhh!!!! abg jib pun kena juga seperti pak lah. Entah apa badi orang tua tu tak mahu dok diam, asyik nak cari kesalahan orang lain sahaja. Masa orang cakap jangan berhenti, dia nak berhenti sangat. Bila dah berhenti, nak suruh PM lain pun berhenti macam dia jugak. Apa ke jadahnya DRM ini.



Tak puas ke lagi jadi PM setelah lebih 20 tahun jadi 'ketua negara'. Sekarang offer diri nak jadi PM semula setelah tidak puas hari pada paklah dan kini abg jib. Zaman DRM zaman SMS, hanya boleh antar mesej tek sahaja. Zaman abg jib zaman whatsapp, gambar, video, tulisan, live, dan audio boleh antar dalam masa yang sama. Jadi pemikiran sudah tidak sama lagi dengan arus perdana.


katalah lepas ni si TSMY pulak jadi PM , pada ketika itu ada 4 bekas PM yang memerhatikan kerja2 beliau yang masih hidup kalau umut mereka panjang. DRM, paklah, abg jib dan juga DRM semula. Ingat DRM nak diam ker. Silap2 DRM lanyak TSMY dan dia keluar PPBM dan masuk umno balik.


Itulah azabnya jadi seorang mahathir. Dari hari pertama menjadi Pm sehinggalah kehari ni masih lagi terasa dirinya PM. Bro zahid hamidi pun cuak juga kalau2 dia jadi PM suatu hari nanti, apa pulak DRM nak ganggu dia pulak. Sejak DRM join politik ni, dari zaman Tunku dulu sampai lani semuanya diganggu. Kelaur masuk umno org tua demi nak ganggu semua orang. Antara PM yang selamat dari gangguannya adalah Pm yg ke4 sahaja. Yang lain makan hati jelah dengan sikap orang tua tu.



Buat masa ni, semua orang memerhati sapa yang akan meninggal dunia dahulu. Kalaulah DRM pergi dulu, maka ramailah orang merasa lega sebab takder lagi yang akan mengacau cara pemerintahan mereka. Tapi nampak gayenya, nyawa DRM agak panjang, ini kerana doa Tuan fadhil nor (presdien pas ketika itu) dimakbulkan Allah agar nyawa beliau dipanjangkan agar dia mampu meilhat apa yang dia buat dulu itu menyebabkan rakyat Malaysia gelisah dan terganggu.


Nak ajak DRM gi palestine solat kat masjid batu, takut dia busy plak. Yelah dulu dia dok kata zaman Nabi saw mana ada gelette. So kita gi masjid batu dan kita tengok mcmna batu tu 'terapong' nak ikut insan mulia itu.



wallhuaklam
md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.