Kita wajib berniaga untuk masa depan keluarga!


Teringat zaman budak2 dulu masa sekolah rendah di kampong hutan Melintang Perak. Ayah seorang tukang kebun sekolah disekolah Cina Keow Min cukup terkenal dikalangan penduduk tiong hua disitu. Sebut jer nama 'Yeng ting' pasti orang kenal ayah aku siapa Malah penduduk kampong Melayu disitu juga mengenali ayah aku seorang imam di masjid berdekatan. Setiap hari ayah akan bawa aku naik motosikalnya kemasjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak bersama2.

Yop la bawak aiskrim ni, orang tak larat nak bawa berat!'. 
Itulah kebiasaannya sebelah petang apabila habis sekolah, dimana kami akan menjual aiskrim batang (aiskrim Malaysia) dikawasan permainan sekolah cina tersebut. Ayah mempunyai 10 orang anak2 yang perlu diberi perhatian kewangan dan kasih sayang. Dengan gaji tak seberapa itu, kami membesar seadanya dan memahami lumrah dunia sederhana.

Dengan berbekalkan ilmu yang sedikit itu (ilmu menjual aiskrim), saya mengorak langkah membuka sebuah perniagaan berbentuk kedai menjual barangan logam. Ayah ada berpesan supaya saya menceburi perniagaan secara 'partime' agar pendapatan tidak terjejas disebabkan ada kerja 'fulltime' yang di sandang ketika itu. Tapi disebabkan semangat berkobar2, aku buat keputusan untuk menceburinya secara 'fulltime' dan tinggalkan pekerjaan yang selesa itu.

Perniagaan yang aku ceburi itu mampu bertahan selama 7 tahun sahaja dan aku terpaksa menutup buat selamanya kedai itu dek kerana kekangan kewangan yang teruk serta hutang yang menimbun. Pelbagai pekerjaan aku buat demi kelangsungan hidup serta cuba memohon sebarang kerja tetap dengan bersandarkan kelulusan dan pengalaman yang aku miliki.

Sehingga kini aku masih terkial2 mencari jalan keluar dari kepayahan ini. Walaupun pelbagai perniagaan secara online dan offline aku mulakan secara kecil2an, masih juga tiada yang menjanjikan pendapatan yang stabil untuk menyara hidup.
'Kalau saya nak buat bisnes ni ada kena sebarang yuran tak bang'.
Tanya aku suatu hari pada seorang wakil jualan dari syarikat CUCKOO. Aku terpaksa menebalkan muka untuk bertanya jika ada peluang untuk menceburi perniagaan baru ini.

'Ada bang, tak perlu sebarang modal pun dan barang ni memang laku keras'.
Jawab wakil penjual yang dikenali sebagai saudara ahmad.
Kalau abg nak keterangan lanjut , malamni boleh kita mengeteh kat mana2 dan saya akan terangkan formula buat duit dengan perniagaan ini'.
Malam tu kami berjumpa disebuah kedai makan didaerah puchong. Saudara ahmad terangkan dengan lebih lanjang lebar berkenaan dengan perniagaan CUCKOO ini.

'Menarik juga dan mudah untuk dimulakan rupanya bisness ni yea'.
Kata aku kepada saudara ahmad itu dan kami pun berbincang berkenaan dengan masa depan dan kehidupan kami selama ini.

Setelah bersetuju dan menyerahkan beberapa dokumen, maka aku pun berjaya menjadi wakil jualan kepada syarikat dari korea ini. Setelah mendapat ID no dan laman web untuk kegunaan perniagaan ini, aku cuba mempromosikan produk2 penapis air yang menjadi trending ketika ini.

'Saya berminat dengan model C tu, dia boleh mencuci udara sekitar rumah kita kan bang'.
Itulah pelanggan pertama aku pada hari pertama aku bersama syarikat ini.

'Mudah juga menjual produk ini rupanya.'
Bisik hati aku bila mula memasukkan data pelanggan kedalam laman web yang disediakan untuk aku. Rezeki anak2 aku mungkin dari cabang ini yang perlu aku terokai.

Setelah beberapa bulan bersama syarikat ini, aku mula mendapat rentak untuk memperbaiki ekonomi rumah tangga  aku dan aku percaya aku mampu lakukannya walaupun aku bermula dengan kosong ini.

Teringat pesan seorang tokey besi yang berkongsi pengalamannya dalam perniagaan bahawa tak semua jenis perniagaan itu sesuai dengan kita. Oleh itu kita kena banyak bertanya kepada orang berpengalaman dan tuan2 guru untuk mendapat idea apa yang sesuai untuk kita ceburi dalam perniagaan.



Itulah serba sedikit pekongsian bagaimana saya meneruskan kehidupan yang serba-serbi kekurangan ini. Dan kini saya percaya yang perniagaan produk CUCKOO ini insyaAllah menjanjikan sesuatu untuk masa depan saya dan anak2.

Jika kalian sedang mencari2 penapis air panas sejuk yang berkualiti tinggi serta dipantau oleh syarikat ini setiap 2 bulan dirumah anda, hubungilah aku untuk kita pasangkan produk ini secepat mungkin dikediaman anda.

Sepanjang pengalaman aku dalam industri ini, 10,000 unit model penapis cuckoo terjual setiap 5 hari setiap bulan di negara kita ini (untuk model terpilih). Ini menunjukkan yang produk ini begitu digemari oleh rakyat kita kerana kemudahan yang disediakan oleh sistem penapis air canggih ini.

Untuk lebih terperinci, anda klik DISINI dan semua info berkenaan produk ini ada disitu. Aku percaya jalan yang aku tempoh ini menjanjikan sesuatu yang boleh di sandarkan harapan padanya dan aku amat meyakini bahawa Allah telah tunjukkan aku jalan keluar dari kemiskinan ini insyaAllah.

Dapatkan cuckoo dari aku yea..!!!

wallahuaklam
Md Daud yusri Fie
www.wasap.my/60192712703/cuckoo


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.