negaraku
Sekampung hadir dipengkebumian jiran-jiran mereka
Taasub sebab berlainan parti disini
Teringat pada satu ayat Alquran masa belajar dI Sis dulu mafhumnya:
"sebenarnya orang2 beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah diantara 2 saudara kamu (yg bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Alhujurat 49:10)
Bila tgk video ini betapa kuatnya hubungan orang kg di situ.sehingga sekampung hadir pada pengkebumian saudara mereka disitu. Bagi mereka hanya sahabat seiman inilah yg menjadi saksi mereka di akhirat nanti dan akan minta bantuan sesama mereka jika diberikan olehNya.
Berlainan pula keadaannya di negara kita. Berita kematian sebegini akan ditapis terlebih dahulu. Perkara pertama yg menjadi tapisan adalah simati itu parti mana? Kalau sama parti maka boleh lah kita datang, kalau tak sama parti haram hukumnya kata tuang guru.
Inilah permasalahan yg sedang berlaku dibumi kita ini. Ketaksuban yg sangat melampau yg dibawa oleh sorg tokoh sejak dulu memecahbelahkan umat islam malaysia ini. Dengan bersandarkan sepotong dua ayat2Nya, dia manipulasi mafhum itu utk kepentingan politik sempit kumpulan mereka itu.
Sedih bila melihat pecah belahkan umat kita dibumi ini. Dulu masih segar dalam ingatan, bahawa solat dibelakang imam yg bukan sama parti adlaah tidak sah. Disebabkan fatwa songsang itulah habis masjid surau ditempat mereka berpecah kesatuannya. Solat 2 imam dalam satu masa amat memalukan umat ketika itu.
Sekarang lain pula, solat belakang imam berlainan parti sudah boleh dan sah. Adakah dalam perkara asas sebegini fatwa nya berbeza2. Adakah imam parti lain dulu itu kafir tapi sekarang sudah tidak kafir..
Pernah berlaku disana dalam majlis kenduri, masakan tuan rumah dicampak ke sungai atas alasan ayam sembelihan disembelih oleh org bukan parti mereka. Ini sudah melampau dakyah2 songsang guru mereka yg kononnya ulamak itu. Seorang ulamak yg baik dia tidak akan pecahbelahkan ummah demi kepentingan parti sendiri. Beliau akan lebih fikir kepentingan ummah berbanding kepentingan duniawi sebegini.
"Kasih sayang orang mukmin itu ibarat satu badan yang mana kakau satu anggota sakit maka anggota yg lain turut sakit sehingga terpaksa berjaga malam (bukhari muslim)."
Memecahbelahkan umat dengan bertopengkan jubah dan serban mungkin mudah tapi utk merapatkan kembali amatla sukar. Bagaimana kerajaan uthmaniah yg besar jajahannya dipecah belahkan dengan amat mudah oleh musuh, dan kini seperti mustahil utk menyatukan kesemua jajahan yg menjadi negara merdeka ini.
Kalau ISLAM dijadikan nama parti, maka jagalah nama baik islam itu dari dicemari kekotoran terutama kekotoran hasad dan dengki. Andaipun kalian menang didunia ini dgn cara begini sekalipun, imej islam sudah jadi buruk dengan sifat akhlak yg lebih buruk dari org musyrikin.
Tiada ulasan