negaraku
Bagan Datok Kini semakin kehadapan
Alhamdulillah
Kerana itulah BD memerlukan wakil diperingkat tertinggi negara dalam menaikkan pembangunan disini. BD sebelum ini merupakan jalan mati yg jauh kedalam. Untuk membangunkan BD yg merupakan jalan mati agak sukar atas faktor ekonomi.
Jika wakil pemimpin disini sekadar wakil biasa dan tiada jawatan penting dalam negara, aku fikir BD akan kekal sebagai kawasan ekonomi traditional dengan kelapa,kelapa sawit serta nelayan menjadi punca pendapatan utama disini.
Dengan adanya jambatan ini, maka perjalanan keutara dari arah pantai akan lebih pendek dan yg lebih penting adalah dapat merapatkan kawasan ekonomi di Lumut dan Sri iskandar dengan lebih akrab.
Berpolitik kena bijak, jika wakil kita itu mampu merencanakan sesuatu atas kapasiti jawatan yg dipegang, maka kenalah kita sokong dia sekuatnya. Jangan kerana politik emosi dan nafsu, kita membiarkan umat kita terus terpinggir dan kekal daif dibumi sendiri.
Baik buruk satu2 pemimpin itu bukan tafsiran manusia semata2, tapi ianya bergantung kepada ketakwaan dan jasanya kpd manusiawi.
Semoga BD terus maju insani dan ukhrawi dlm menggapai redha Allah dibumi fana ini.
Tiada ulasan