negaraku
Terimakasih tailong datang ziarah kampung aku
Kampungku nun jauh disana
Rindu suasana kampung ku bila tonton video tailong ni. Ialah , aku membesar dengan susana begini dikg dan membesar dgn hasil dari buah kelapa ini juga.
Masa kecil dulu, dalam buku geografi sekolah diajar tentang pokok kelapa dan watak pak sako menjadi ikon dalam kisah di buku geografi tersebut.
Bila hari berganti hari, BD kini semakin berubah wajah. Dari sebuah perkampungan traditional , kini BD dipersada dunia. Sebelum ini Teluk Intan menjadi mercu tanda hilir Perak dengan menara condongnya yg unik dan menarik. Selepas ini BD mampu bergerak sendiri dengan keunikkan yang sedang dibangunkan dengan pesat disana.
Pusat2 pengajian antara perkara yg di ambil berat disini. MRSM, sekolah sains, pusat tahfiz, sekolah agama, Politeknik , stadium mini, masjid daerah diatas sungai Perak, jeti yang direka begitu cantik dan pelbagai infra sedang giat dibangunkan demi menjadikan BD terus bergerak laju setanding perbandaran yang lain ditanah air kita ini.
Andai kita menelusuri sepanjang jalan dari HM ke BD, jalan baru sedang dinaiktaraf dari 2 lorong menjadi 4 lorong. Setiap darerah kecil disepanjang jalan itu didirikan seperti dewan terbuka yg dipanggil 'arena' utk kegunaan penduduk setempat spt utk acara keramaian dan juga kenduri kendara. Pastinya semua perancangan tersebut memerlukan peringkat pemimpin tertinggi negara utk dilaksanakan agar ianya lancar memacu kehadapan.
Di HM sendiri dibina pusat GIAT MARA yang moden dengan rekabentuk yg lebih berketrampilan berbanding pusat giat yg lain. Ini kerana pemimpin yg mewakili daerah ni mahukan pembangunan yg akan datang nanti akan di isi oleh para penduduk tempatan yg berketrampilan baik dari segi sahsiah mahupun skill ilmu yg sepadan.
Segala perancangan ini pernah terhenti sekejap ketika mana ada pemimpin diperingkat atasan cuba utk menggagalkan misi BD ini bila mana pasukan yg tidak sebulu menduduki kerusi kepala negara ketika itu. Atas faktor dendam dan cemburu, mereka inginkan segala yg dirancang oleh pemimpin disini di bakul sampahkan agar dapat menafikan buah fikiran yg begitu baik ini tidak menjadi kenyataan.
Politik cara begitu yg diajar oleh parti2 berhaluan kiri yg bertopengkan bulan sebenarnya tidak baik untuk negara mahupun bangsa. Cara politik begitu sedikit pun tidak memberi nilai tambah buat anak bangsa malah menjadikan umat ini terus berpecah belah. Setiap hari hanya mencari salah orang lain tanpa melihat salah mereka sendiri. Buktinya boleh kita lihat pada negeri yg lama mereka perintah. Bertunjangkan atas agama, mereka telah mundurkan negeri mereka dengan dalil2 yg dikupas mengikut strategi politik sempit mereka.
Berapa ramai anak2 negeri mereka mencari rezekinya di merata negara. Ini kerana peluang pendapatan adalah lebih tinggi berbanding di kawasan mereka sendiri. Kenapa ini terjadi? Salah satunya , pemimpin mereka ini lebih pakar berpolitik berbanding menguruskan negeri. Pernah satu ketika presiden mereka itu Allah letakkannya di kerusi sebagai ketua negeri di terengganu sana. Bila rakyat melihat tiada apa kemajuan yg terhasil dari pemimpin tersbut, maka rakyat disana turunkan beliau setelah sepenggal memerintah.
Kehebatan satu2 pemimpin bukan terletak pada hebatnya berhujah itu dan ini, tapi kehebatannya bila mana dia sedang diam, banyak kemaslahatan umat berjaya diselesaikan. Ini ciri2 pemimpin yg patut kita angkat utk memacu negara kehadapan dan bukan cuma riuh sekampung , tapi punggung penuh taik.
Dan kita yg bermastautin di BD patut merasa syukur kerana ada pemimpin yg sentiasa memikirkan kemana BD hendak dibawa. Bukan sekadar menjadi pemimpin biasa2 sahaja tapi pemimpin yg ada agenda jauh untuk bangsa. Andai BD dlm pru15 lalu dimenangi oleh pemimpin bawahan dari parti bulan ataupun yg lain, maka terencatlah segala perjalanan jauh yg telah dirancang dan rakyat bawahan baik dari parti mana sekalipun akan terasa bahananya dek polisi2 yg tidak keruan oleh mereka yg baru duduk disana.
Oleh itu kita kena bijak dalam merencanakan sesuatu terutama pada kemajuan kampung kita itu. Masyarakat haruslah tidak di bebankan dengan ideologi2 yg bermacam yg hanya sekadar utk meraih undi semata2. Kita sudah tiada masa utk itu semua dan kini adalah masanya utk pacukan umah terus kehadapan.
Semoga segala perancangan yg telah direncanakan di BD akan dapat terus di laksanakan tanpa ada campur tangan puak2 kemaruk kuasa di luar sana.
Terimakasih kpd Tailong rosham kerana sudi datang jenguk kampung ku ini. Keunikkan pembangunan kampung ini adalah ianya dijanakan oleh anak tempatan itu sendiri yg duduk di Putrajaya sana.
Tiada ulasan